3
April 2008, Utusan Borneo, ms.13 Oleh
Bilcher Bala & Baszley Bee Basrah Bee
dan
Jakaria Dasan
Sungguhpun
pada peta dunia, saiz Negara Brunei
Darussalam begitu kecil jika dibandingkan
dengan negeri Sabah dan Sarawak,
akan tetapi nilai kekayaan Negara itu
adalah jauh lebih tinggi dari yang dimiliki
oleh
kedua buah negeri. Sebagai antara Negara
pengeluar minyak utama dunia dengan
nisbah penduduknya yang kecil,
Negara
ini memiliki segala kelebihan mengatasi
kedua buah negeri berkenaan.Sewajarnya
kekayaan itu, masih dapat menggambarkan
betapa Brunei pada suatu ketika
dahulu adalah merupakan sebuah empayar
yang memerintah kedua buah negeri termasuk
sebahagian kawasan Kalimantan, di Indonesia.
Brunei arussalam terkenal sebagai
salah sebuah negara yang terkaya disebabkan
oleh hasil eksport minyaknya. Ia
juga
pernah terkenal sebagai pengeksport kapur
barus pada sebelum zaman moden. Secara
umumnya, sejarah Negara Brunei Darussalam
telah dipinggirkan dalam kegiatan-kegiatan
historiografi Asia Tenggara.
Oleh yang demikian, ramai yang tidak
menyedari atau memahami kepentingan sejarah
Kesultanan Brunei kepada sejarah ketamadunan
masyarakat Borneo umumnya. Fakta
ini dapat disorot semula dengan
membaca
hasil penyelidikan yang telah dijalankan
oleh dua orang penyelidik Sekolah Sains
Sosial, Bilcher Bala dan Baszley Bee Basrah
Bee.
Sejarah
Awal Kesultanan Borneo Brunei
memiliki sebuah monarki yang sangat tua,
dimana ia telah wujud lebih daripada setengah
millinium yang lalu dengan genealogi
dinastinya yang tidak terputus. Sebelum
kedatangan orang Eropah pada awal abad
ke enambelas, sebuah kerajaan Kesultanan
Melayu-Pribumi di bahagian barat-laut
Borneo telah bangkit menjadi kuasa utama
di kalangan banyak daerah ketua
tunggal
(chiefdoms) dan kerajaan di pulau ini. Sesungguhnya,
sejarah Kesultanan Brunei
Darussalam
adalah unik, bermula dengan kisah
sebuah bandar-pelabuhan kuno, Po-li atau
Po-ni pada sebelum abad ke empatbelas, membangun
menjadi sebuah organisasi bandar-negara
yang kuat. Ia lebih dikenali oleh
Dinasti Ming dengan nama Wen-lai atau Bo-ni
pada abad ke limabelas.
Pada
dasarnya, kerajaan-kerajaan awal di Asia
Tenggara merujuk China sebagai kerajaan
yang perkasa dan mengikitiraf kedaulatan
China dengan membayar ufti kepada
Dinasti Liang sehingga tahun 523 M.
Raja kerajaan Po-li dinamakan sebagai Kaundinya,
yang merupakan satu gelaran Hindu
bermaksud ‘raja gunung sakti’ atau Sailendra.
Walau bagaimanapun, orang Cina telah
tersilap menganggap raja tersebut
menganut
agama Buddha yang mempunyai persamaan
dengan kepercayaan terhadap unsur
semangat yang diamalkan oleh kaum pribumi
di Brunei Tua. Semasa pemerintahan Dinasti
Tang (618-906 M.), Po-li diperintah oleh
raja bernama Hu-lan-na-po. Kemudian kerajaan
Brunei Tua dikenali sebagai Po-ni
semasa
pemerintahan Dinasti Sung (960-1279 M.).
Rajanya dinamakan Hsiang-ta (Nyanta), yang
menghantar satu utusan ufti ke China pada
tahun 977 M. untuk mendapatkan pengiktirafan
terhadap kesetiaannya. Sekitar tahun 1082 M., rajanya bernama Seri Maja (Seri
Maharaja), telah menghantar satu utusan ke
China melalui pelabuhan Chuan-Chou. Jurutulis
di istana kerajaan China yang bernama
Chau-Ju-Kua telah menyebut bahawa
pada tahun 1225 M. kerajaan Po-ni lebih
dikenali di kalangan suadagar- saudagar Cina
sebagai sebuah kerajaan yang kaya dengan
sumber kapur barus. Berikutnya, rekod
Ming Shih menyebut bahawa dari tahun 1368
M. kerajaan Po-ni membayar ufti dalam bentuk
kapur barus kepada kerajaan Majapahit.
Kewujudan pengaruh Hindu telah dibuktikan
oleh penemuan artifak genesa gajah, nandi lembu dan yoni di beberapa tapak
arkeologi sekitar muara Sungai Limbang
yang mengalir ke dalam Teluk 2 Brunei.
Walaupun artifak-artifak tersebut terbukti
berasal daripada Hindu, tetapi kemungkinan
ianya dibawa daripada Pulau Jawa
ketika kerajaan Brunei Tua menjadi jajahan
takluk kepada kerajaan Majapahit.
Pada
tahun 1408 M., raja kerajaan Po-ni yang bernama Ma-na-je-chia-na (kemungkinan satu
gelaran Hindu, Maharaja Karna) bersama
permaisuri dan putera yang berusia empat
tahun telah mengetuai utusan ke China untuk
mendapatkan pengiktirafan terhadap kesetiaan
dan perlindungan daripada ancaman
Majapahit.
Ahli-ahli sejarah tidak sehaluan dalam
interpretasi terhadap era ini, terutamanya
mengenai isu pengislaman kerajaan
Brunei Tua. Sejarahwan-sejarahwan Barat
berpendapat bahawa pengislaman
kerajaan
Brunei Tua berlaku seawal tahun 1500
M. Manakala, sejarawan-sejarawan Brunei
mencadangkan tahun 1371 M.
Sejarah
Pertalian Masyarakat Brunei dan Sabah Ahli
sejarah Brunei, M.A. Rahman (1990) menyarankan
satu tarikh yang mungkin (antara
1406 M. to 1408 M.) pengislaman Betatar
kepada Mohammad Shah, yakni Sultan
Brunei yang pertama. Para sejarawan Brunei
menyokong kuat pandangan bahawa Betatar
berasal daripada keturunan kaum pribumi.
Hal ini menggambarkan satu tempoh peralihan
telah berlaku dalam Teluk Brunei. Sebuah
kerajaan baru telah ditubuhkan oleh orang
Islam berhampiran dengan kerajaan
Brunei
Tua. Orang Islam membina ibu kota kerajaan
Brunei-Islam di Pulau Chermin dalam
muara Sungai Brunei. Manakala penduduk
animis-pribumi pula kekal menetap di
tanah besar di mana letaknya ibu kota lama Brunei
Tua. Seorang jurutulis Portugis bernama
Tome Pires dalam karyanya, Suma Oriental
yang dituliskan sekitar tahun 1512- 1515
M., menyebut “Borneo terdiri daripada banyak
pulau besar dan kecil. Semuanya dihuni
oleh penduduk animis melainkan pulau yang
terbesar dihuni oleh orang Islam; tidak
begitu
lama sejak Rajanya menjadi Islam. Mereka
kelihatan seperti kaum pedagang. Para
pedagang mereka adalah semua lelaki yang
bertubuh bersaiz sederhana, tidak terlalu pintar.
Mereka berdagang secara langsung
dengan
Melaka setiap tahun. Ia adalah sebuah negeri
yang kaya dengan daging, ikan dan sago. esungguhnya, terdapat banyak pulau (sejumlah
33) dalam Teluk Brunei dan kemungkin
Pires merujuk kepada Pulau Chermin
sebagai pulau yang terbesar.
Sebenarnya,
pada abad Kelimabelas kerajaan Majapahit
(Jawa) lebih mengenali Sultan Brunei
dengan nama Raja Chermin. Tambahan,
Sultan Abdul Hakkul Mubin (1661-1673
M.) pernah menjadikan Pulau
Chermin
sebagai ibukota Brunei. Terdapat dua sumber
yang ditulis oleh Tome Pires di Melaka,
bertarikh 5 Januari 1515 M. dan 8 Januari
1515 M. untuk mengesahkan kewujudan
dua buah kerajaan yang berasingan
di Teluk Brunei. Sumber pertama menyebut
bahawa penduduk animis-pribumi sebagai
“Lucoes of Burneo” adalah kaum pedagang
yang datang ke Melaka. Sumber kedua
menyebut “Bruneo” dan “Lucoes”
adalah
kerajaan-kerajaan atau orang-orang yang
berlainan. Pires mengatakan bahawa kerajaan
“Bruneo” dan pedagangpedagangnya adalah serupa kaum (Melayu) atau
agama (Islam) dengan Temenggong
Melaka.
Di samping kesaksian Pires tersebut, terdapat
juga kesaksian yang lain daripada
Antonio
Pigafetta pada tahun 1521 M., antara lain
menyebut “Di dalam pelabuhan yang sama
(Teluk Brunei) adalah sebuah bandar yang
dihuni oleh orang animis-pribumi, lebih besar
daripada bandar yang dihuni oleh oleh orang
Islam, dan dibina di atas air masin sama seperti
bandar orang Islam itu.”
Sebenarnya
terdapat cuma satu kerajaan di Teluk
Brunei. Kemungkinan sumber Portugis telah
tersilap pandangan terhadap pembesar (pemerintah)
penduduk animis-pribumi sebagai
seorang raja. Pada dasarnya, istilah “Lucoes”
telah digunakan oleh orang Portugis untuk
merujuk kepada kaum bukan-Muslim di
rantau ini, terutamanya merujuk kepada kaum
animis-pribumi Borneo termasuklah kaum
orang laut (Bajau, Suluk dan lain-3 lainnya
sebelum memeluk Islam). Menurut satu
lagi sumber Portugis yang ditulis oleh Bras
Bayao pada tahun 1535, menyebut; “tidak
semua penduduk Brunei adalah Lucoes…
di dalam pelabuhan yang sama terdapat
banyak jurumudi yang mahir, yang juga
dinamakan Lucoes dan mereka adalah peneroka-peneroka.”
Kaum Lucoes merupakan
rakyat jelata kerajaan Brunei Tua di
bawah kepimpinanan Awang Semaun, iaitu Pengiran
Temenggong yang pertama (satu pengiktirafan
yang tersirat seumpama ‘polis’) dengan
tanggungjawab untuk menjaga keamanan
dan mempertahanankan kerajaan. Pada
ketika sumber Portugis diitulis, Pengiran Temenggong
adalah seorang Islam berketurunan
Melayu. Ternyata sumber
tradisi
Brunei tidak mempunyai keterangan lanjut
mengenai Awang Semaun ataupun keturunannya.
Secara umumnya, sumber tradisi
Brunei menyatakan bahawa Betatar dan
tigabelas saudaranya telak memeluk
Islam
dan ini menggambarkan mereka adalah orang
jahiliah sebelumnya.
Dalam
konteks pandangan yang lebih luas, Sultan
yang pertama adalah bekas seorang ketua
utama di kalangan ketua-ketua kaum pribumi
bagi empatbelas daerah yang berbeza di
rantau ini. Ini menjelaskan satu perkaitan hubungan
yang kukuh antara kaum pribumi dengan
kerajaan monarki Brunei. Sejak kehancuran
kerajaan Melayu di Sumatra pada pertengahan
abad Keempatbelas, migrasi orang
Melayu dan budaya mereka telah mempengaruhi
kehidupan kaum rakyat pribumi
kerajaan Brunei Tua. Istilah ‘pribumi’
seharusnya tidak dikelirukan dengan
istilah ‘bumiputera’ yang digunapakai masa kini (menurut Perlembagaan). Istilah Pribumi merujuk kepada beberapa kumpulan
etnik seperti Belait, Tutong,
Bisaya,
Lundayeh-Lun Bawang, Murut, Dusun,
Kelabit, Bukit, Melanau dan Penan. Manakala,
istilah ‘bumiputera’ secara umumnya
merangkumi Melayu Brunei, Kedayan,
Bajau, Suluk, Iban, Kayan, Kenyah,
dan
lain-lain lagi yang dianggap sebagai masyarakat
imigran sejak zaman pertengahan. Apa
pun, mereka berkongsi satu pengalaman, semuanya
pernah menjadi rakyat jelata kerajaan
Brunei Tua dan Kesultanan Brunei sebelum
berlakunya huru-hara yang disebabkan
oleh orang Eropah pada abad Kesembilanbelas.
Sejarah
Sebuah Empayar maritim ke Sebuah Negara. Dengan
menikmati keuntungan daripada aliran
barangan dagangan di laluan perdagangan
antarabangsa, Brunei telah muncul
sebagai sebuah pelabuhan entrepot dan
menjadi empayar maritim pada abad Kelimabelas
dan Keenambelas. Brunei menguasai
sebuah rantau yang luas merangkumi
seluruh Borneo dan Kepulauan Filipina.
Perdagangan di Brunei mula meningkat
selepas keruntuhan empayar Majapahit
pada tahun 1368 M. Pengislaman golongan
pemerintah pada awal abad Kelimabelas
telah menyumbang kepada pembangunan
Brunei menjadi sebuah pelabuhan
entrepot yang mewah. Selepas pengunduran
kerajaan China daripada aktiviti maritim
pada abad Kelimabelas, pedagangpedagang Muslim mula berpengaruh luas di rantau
ini. Kerajaan Brunei telah menghantar
utusan
ufti yang terakhir kepada kerajaan China
pada tahun 1425 M. Ini menandakan Brunei
telah bangkit menjadi sebuah kuasa besar
dan pusat pemerintahannya di Kota Batu
telah berkembang menjadi sebuah
bandar
yang mewah daripada hasil perdagangan
dan ufti. Ini memberi peluang kepada
Brunei menjadi sebuah empayar maritim
yang kuat di rantau ini pada dekad-dekad berikutnya. Era
ini ditanda sebagai ‘Zaman Keagungan’ kerajaan
Kesultanan Brunei, yang mencapai kemuncaknya
pada masa pemerintahan Sultan Bolkiah
(1485-1524 M.). Seorang sejarawan British
bernama, H. Hughes-Hallett (1940) memberi
gambaran mengenai Brunei pada era tersebut,
berkata; “sebuah negara yang merangkumi
seluruh Sarawak dan Sabah kini kekuasaannya merentasi bahagian Borneo yang
diwakili kawasan yang kemudiannya 4
menjadi
jajahan-jajahan seperti kerajaankerajaan Kesultanan Sambas, Kotaringin, Pontianak,
Coti, Pasir, Barau, Tuli Tuli, Banjar
(Banjarmasin) dan Bolongan; ke atas Kepulauan
Sulu dan ke atas pulau-pulau
Balabak,
Banggi, Balambangan dan Palawan.”
Penguasaan ke atas perdagangan luar
dan dalaman termasuk dataran dalam lingkungan
empayar Brunei adalah tertumpu kepada
peranan pada pembesar yang
ditugaskan
untuk mentadbir jajahanjajahannya. Samada secara langsung atau tidak
langsung, golongan bangsawan Melayu Brunei
telah menguasai aktiviti perdagangan di
seluruh empayar Brunei dari abad Keenambelas
dan seterusnya.
Pengaruh
Kesultanan Brunei Kepada
Masyarakat
Sabah (Siri II)
Oleh
Bilcher
Bala & Baszley Bee Basrah Bee dan
Jakaria
Dasan
Universiti
Malaysia Sabah (UMS)
Sejarah
amat penting dalam kehidupan masyarakat
dimana jua di dunia. Sejarah selalunya
menyediakan sumber rujukan terbaik
untuk kebaikan masyarakat pada sepanjang
masa. Sejarah menjadi asas kepada
percaturan pemerintah, pentadbir, pengusaha
(usahawan) malah masyarakat umumnya
apabila ingin melakukan sesuatu tindakan.
Sejarah Kesultanan Brunei yang asalnya
sebuah empayar yang memerintah
Sabah,
Sarawak dan sebahagian besar wilayah
Kalimantan merupakan satu fakta sejarah
yang amat relevan dan wajar kita soroti.
Universiti Malaysia Sabah melihat usaha
ke arah pengkajian semula ini sebagai
satu
komitmen penting yang bakal diwarisi dengan
jelas oleh generasi di masa akan datang.
Sejarah
Sebuah Empayar Maritim kepada Sebuah
Negara Brunei
telah diletakkan di dalam carta maritim
dunia melalui pelayaran penerokaan mengililingi
dunia oleh Magellan pada tahun 1521
M. Sejak itu Brunei mula menjadi perhatian
kepada kuasa-kuasa maritim Eropah.
Empayar Brunei hanya dapat bertahan
sehingga suku akhir abad Keenambelas
ekoran perluasan dan ancaman pengaruh
orang Eropah di rantau ini.
Perluasan
kuasa Sepanyol di Filipina telah menjadi
titik mula keruntuhan empayar Brunei.
Pada mulanya Brunei telah kehilangan
Manila kepada Sepanyol pada 19 Jun
1571 M. setelah kekalahan Raja Sulaiman
yang
dilantik oleh Sultan sebagai pembesar (pengiran)
atau pemerintah di Manila. Ekoran kekecewaan
terhadap tindakan Sultan Brunei menolak
permohonan kuasa Sepanyol untuk berdagang
di bandar pelabuhan Brunei, maka Kapten
Jeneral Sepanyol yang bernama Dr. Francisco
De Sande telah mengetuai sebuah 5 kapal
perang utama yang dinamakan Santiago dan
menyerang Brunei pada 16 April 1578 M.
Walau
bagaimanapun, hasrat kuasa Sepanyol untuk
menjajah Brunei terpaksa dibatalkan kerana
timbul masalah penyakit disentri atau taun
di kalangan tentera-tenteranya dan mereka
meninggalkan Brunei. Kemudiannya, kuasa
Sepanyol mengalihkan focus kempennya
ke atas Kepulauan Sulu, yang mana
dipercayai menjadi asal usul Perang Moro
yang tiada kesudahan sehingga hari ini.
Walaupun
kerajaan Kesultanan Brunei adalah terbukti
sebagai sebuah negara-kuasa saingan kepada
kuasa-kuasa Eropah di rantau ini, tetapi
masalah sengketa politik dalaman tidak dapat
dielakkan sehingga menyebabkan Brunei
tewas kepada kuasa Sepanyol pada ketika
itu. Pada dekad-dekad berikutnya
kelemahan
kuasa Brunei ke atas jajahanjajahan yang masih kekal adalah nyata sekali. Selepas
kemangkatan Sultan Mohammad Hassan
(1582-1598 M.), hampir semua jajahan
di Filipina telah bebas daripada kuasa
Brunei.
Perang Saudara antara Pengiran Abdul
Hakkul Mubin (Sultan, 1661-1673 M.) dan
Pengiran Muhyiddin (Sultan, 1673-1690 M.)
telah menyebabkan bahagian utara Borneo
(kini Sabah) telah jatuh kepada kerajaan
Kesultanan Sulu. Pada abad Kelapanbelas,
kuasa Belanda dan kuasa British
telah masuh ke rantau ini dan beransur-ansur
menjajah jajahan-jajahan tradisional
kerajaan Kesultanan Brunei. Proses
ini bermula hampir serentak dari arah selatan
dan utara Borneo, di mana British memperolehi
hampir semua hak-hak kedaulatan
ke atas wilayah-wilayah atau daerah-daerah
yang telah lebih kurang terpencil
dari ibu kota (Brunei) atau yang mana
kurang kawalan daripada Brunei. Terdapat
tiga jenis jajahan yang berkaitan,
iaitu
kerajaan (hak kuasa Sultan yang sedang memerintah), kuripan (hak kuasa pembesarpembesar utama
yang memerintah) dan tulin (hak
milik individu-persendirian). Sementara kuasa
Belanda menumpu perhatian di bahagian
selatan Borneo, pihak kuasa British buat
pertama kali telah menduduki Pulau Balambangan
di pantai utara Borneo pada tahun
1773 M. Sejak pertengahan abad Kesembilanbelas,
kuasa British mula secara berperingkat
menguasai lebih banyak daerah ke
arah ibukota kerajaan Brunei. Ini telah mengwujudkan
dua pembahagian yang mana menjadi
Borneo Utara (Sabah) di bawah pemerintahan
Syarikat Berpiagam Borneo Utara
British (SBBUB) dan Sarawak di bawah
pemerintahan Rejim Brooke. Dan akhirnya
pada tahun 1906 M., sempadan kerajaan
Kesultanan Brunei telah adalah dirundingkan
secara berhati-hati dan ditetapkan.
Dari pengkisahan ini, apa yang ingin
diditonjolan ialah mengenai asal kewujudan
sebuah empayar (Brunei) yang telah
berubah menjadi sebuah Negara kecil sahaja.
Sejarah
Brunei Sebagai Pusat Penyebaran Islam
di Borneo Sultan
yang pertama, Mohammad Shah @
Awang
Alak Betatar telah berkahwin dengan seorang
puteri Islam, yang mana ditegaskan menurut
sumber tradisi Brunei sebagai puteri kepada
Sultan Bahkei, pemerintah kerajaan Kesultanan
Johor. Semasa pemerintahan Sultan
yang ketiga, Sharif Ali (1425-1432 M.),
Brunei mula memainkan peranan utama
dalam
penyebaran agama Islam ke seluruh rantau
ini. Baginda berasal dari Arab dan daripada
jurai keturunan daripada Nabi Muhammad
S.A.W. Tambahan, baginda dikenangkan
sebagai Sultan Berkat, kerana membina
masjid yang pertama dan membina struktur
Kota Batu. Dengan kata lain, penegasan
ajaran Islam dengan berkesan telah berlaku
semasa pemerintah baginda. Walau bagaimanapun,
semasa emerintahan Sultan Bolkiah,
seorang pengembara dan pahlawan yang
perkasa, dikenali sebagai Nakhoda Ragam, agama Islam telah tersebar dari Brunei
ke seluruh Pulau Borneo, Kepulauan Sulu
dan Filipina. Di samping itu, Sultan Bolkiah
menggalakkan rakyatnya bermigrasi keluar
mencari kawasan yang subur untuk dijadikan
petempatan baru. Semestinya, Pengiran-Pengiran
and datu-datu yang dilantik
oleh Sultan untuk mentadbir jajahan-6 jajahan
telah memainkan peranan penting dalam
menyebarkan ajaran Islam di seluruh empayar
Brunei. Biasanya, para pembesar Brunei
yang dilantik akan membawa ramai rakyat
sebagai rombongan pengiring ke jajahan-jajahan
yang telah diamanahkan. Misalnya,
apabila Raja Tengah dihantar ke Sambas
pada abad Keenambelas, beliau diiringi
oleh 1,000 orang rakyat jelata (Melayu
Brunei). Situasi yang sama juga berlaku
ketika Raja Tua dihantar ke Menggatal,
Sabah dan Pengiran Indera Mahkota
ke Sarawak pada abad Kesembilanbelas.
Sejarah
Awal Pengaruh Kebudayaan Melayu Brunei Pada
awal abad Kelimabelas, di setiap jajahan-jajahan
yang membentuk negerinegeri Sarawak dan Sabah pada hari ini, kerajaan
Kesultanan Brunei telah melantik
kaum
kerabat bangsawan Melayu Brunei menjadi
pembesar (wakil Sultan), khususnya berpengkalan
di muara sungai-sungai utama seperti
Sarawak, Mukah, Baram, Limbang, Lawas,
Padas, Membakut, Kimanis, Papar, Pengalat,
Putatan, Inanam, Menggatal, Tuaran dan
Mengkabong. Terdapat juga kes ketuaketua pribumi dan Datu-Datu Suluk dilantik menjadi
wakil Sultan di sesebuah jajahan. Dengan
penubuhan institusi kuasa kerajaan Kesultanan
Brunei di banyak tempat di sepanjang
kawasa pantai Sarawak dan Sabah,
sudah
tentu proses migrasi rakyat jelata telah mula
berlaku. Oleh itu, kaum Melayu Brunei terdapat
dalam daerah-daerah di sepanjang kawasan
pantai negeri Sarawak dan negeri Sabah.
Walau bagaimanapun, kebanyakan populasi
mereka terdapat di kawasan pantai barat,
terutamanya dalam Daerah Papar di
negeri
Sabah; dalam Daerah Limbang di Sarawak,
danl dalam wilayah Persekutuan Labuan.
Secara
tradisinya, Melayu Brunei adalah kaum
nelayan, pelayar dan pedagang. Hari ini,
mereka menangkap ikan menggunakan boat dan kaedah moden dan ramai yang berkhidmat
dalam sector awam dan industri.
Kebiasaan
mereka adalah hidup komuniti kampung
air, iaitu satu tradisi gaya hidup dalam
rumah-rumah di atas air laut. Satu bukti
yang kukuh mengenai pengaruh budaya kaum
Melayu Brunei adalah ditemui dalam
peralatan
seni tradisional, khusunya Kulintangan
dan Gambus di negeri Sabah. Semenjak
bermulanya pentadbiran British pada
tahun 1881, lebih ramai orang Melayu Brunei
bermigrasi ke Sabah. Mereka
meneruskan
aktiviti berdagang dan beransuransur menetap di tempat-tempat lain sepanjang
pantai Sabah dan Sarawak. Komuniti
masyarakat Bajau di Kampung Mengkabung umpamanya,
mempelajari kecenderungan masyarakat ini membina rumah-rumah
di atas air dimana perkampungan
mereka ini dikenali sebagai perkampungan
air. Di samping itu berlaku proses
perkahwinan campur di antara kaum
Melayu
Brunei dengan kaum-kaum Dusun, Bisaya
dan Bajau sejak itu. Selain meneruskan
gaya hidup perkampungan air, kaum
Melayu Brunei juga menetap di daratan seperti
di kampung-kampung Rancha-Rancha, Lubuk
Temiang, Gersik dan Tanjung Aru di Labuan. Potensi
Pengajian Brunei di UMS
Menyedari
akan wujudnya suatu warisan sejarah
yang amat rapat di antara Negara Brunei
Darussalam dan Negeri Sabah, maka Universiti
Malaysia Sabah telah mengambil inisiatif
melaksanakan suatu kajian yang lebih menyeluruh
mengenai sejarah Brunei sehingga
kini. Pada masa ini, UMS telah menerbitkan
sebuah buku bertajuk Thalassocracy:
a History of the Medieval Sultanate
of Brunei Darussalam (2005) yang ditulis
oleh En. Bilcher Bala, pensyarah Sekolah
Sains Sosial UMS. Buku ini merupakan
sebuah karya yang lebih
komprehensif
pernah diterbitkan di Malaysia mengenai
sejarah Kesultanan Brunei. Pada masa
ini, satu kumpulan pensyarah daripada Program
Sejarah, Porgram Komunikasi dan Sekolah
Pengajian Seni sedang menjalankan kajian
mengenai warisan Melayu Brunei di 7 Sabah
dengan bantuan geran daripada
Kementerian
Kesenian, Kebudayaan dan Warisan
(KeKKWa). Ini juga membuktikan UMS
adalah komited dengan cita-cita menjadi
pembekal utama bahan rujukan mengenai
warisan Kesultanan Brunei di
Malaysia.
Dari tahun ke tahun, terdapat pertambahan
pelajar di peringkat pengajian pra-siswazah
yang berminat untuk menulis kajian
tesis mengenai warisan Brunei di negeri
Sabah. Usaha-usaha kajian ini telah
dilakukan,
sama ada secara langsung atau tidak,
adalah untuk merekonstruksi satu bentuk
hubungan yang ‘lama’ di kalangan ASEAN
khususnya antara sebuah negeri di Malaysia
iaitu Sabah dengan sebuah Negara
iaitu
Negara Brunei Darussalam.
Bagi
merintis sebuah manifestasi pengkajian yang
lebih tepat dan bermaklumat, maka pada 22
Januari 2008, sebuah memorandum persefahaman
antara UMS dan Universiti Brunei Darussalam (UBD) telah dimeterai
yang
akan memberi impak maksima kepada hikayat
sebuah Negara yang dahulunya merupakan
sebuah empayar maritime yang begitu
berkuasa di Kepulauan Borneo. Selain
itu hubungan kerjasama dengan
Universiti
Sultan Sharif Ali (UNISSA) dan Institut
Pengajian Islam Sultan Haji Omar Ali Saifuddien (SHOAS IIS) serta Jabatan Muzium-Muzium
Brunei serta Pusat Sejarah Brunei
turut dijalin melalui lawatan UMS ke Negara
Brunei Darussalam dari 20 hingga 22 Januari
yang lalu.
No comments:
Post a Comment