Tuesday, October 13, 2009

KARAMBUNAI



Batu Nisan yang dikatakan kubur Imam Abdullah Karambunai

Rumah Besar atau Bekas Istana Pemilik Karambunai





Ruang Tamu yang Agak Luas 40 kaki X 60 kaki


Rumah ini ditinggalkan bagitu saja oleh pemilik atau penjaga


Cerita Mengenai Sejarah Penubuhan Sekolah Rendah Pengiran Siti Hafsah Kerambunai

Sekolah Pengiran Siti Hafsah Karambunai telah dibina pada tahun 40an. Sekolah ini pada awalnya dikenali sebagai sekolah sukarela rakyat kg. Karambunai. Penubuhan sekolah ini telah diusahakan oleh seorang pemimpin masyarakat kg. Karambunai pada ketika itu yang bernama Pengiran Siti Hafsah bte Pengiran Mohd Salleh.
Pada peringkat awal sekolah ini hanya menggunakan pondok-pondok kecil beratap rumbia/nipah dan di bawah pokok-pokok rendang sahaja. Jumlah murid pada ketika itu seramai 30 orang sahaja yang terdiri daripada penduduk tempatan dan dari kampung-kampung yang berhampiran seperti, kampung Gayang, kampung Gentisan, kampung Melawa, kampung Kebayau dan lain-lain.
Di antara guru-guru yang pernah berkhidmat di sekolah rakyat ini ialah Allahyarham Tun Mohd Said Stephen ( bekas tuan yang terutama dan ketua menteri sabah ) dan En. Mohd Said berasal dari semenanjung Malaysia.
Pada tahun 1952, kerajaan British telah mengambil alih sekolah ini kerana pertambahan murid berlaku dengan pesatnya dan membina sebuah bangunan papan dan dua buah rumah guru mengantikan pondok-pondok kecil yang sudah usang. Mulai pada tahun ini sekolah ini dikenali sebagai Government Primary School ( GPS ) Karambunai.
Dari setahun ke setahun bilangan murid telah bertambah ramai sehingga ke jumlah 500 orang. Dengan pertambahan itu, kerajaan telah membina sekolah cawangan yang terletak di Kampung Gentisan. Ini adalah untuk menyenangkan murid-murid yang datang kerana jarak di antara kampung Gentisan lebih kurang 1 km.
Pada tahun 1986, sekolah cawangan ini telah dipisahkan dari Sk. Karambunai dan sekolah tersebut dikenali sebagai Sk. Gentisan Telok Sepanggar di bawah pengelolaan seorang guru besar.
Pada tahun 1981, selepas 20 tahun berlalu sekolah ini dibina semula di kawasan yang baru yang telah diberi oleh penguasa kampung Karambunai. Sekolah ini didirikan di luar kawasan perkampungan Karambunai yang lebih selesa dengan keluasan 4.96 ekar seperti yang ada pada hari ini.
Perpindahan sekolah ini ke kawasan baru kerana, sekolah lama berhampiran dengan sungai yang selalu berlaku hakisan, juga berdekatan dengan kawasan perkuburan orang-orang Islam serta kawasan yang sempit dan terhad.